Tuhan dan Die :)
Saturday, 11 February 2012 ★ 09:02 │
Ayaa, seorang pelajar perempuan yang berumur 16 tahun. Dia seorang yang sangat tabah menjalani segala dugaan hidupnya. Menangis tiada guna baginya. Hanya usaha yang gigih diperlukan. Serta sokongan dari kawan-kawan serta keluarganya. Suatu hari.... Aya terjatuh semasa dia berlari untuk mengejar bas sekolahnya. Dagu ayaa berdarah. Lutut Ayaa berdarah.
Dia mengalami penyakit Spinorocerebellar Degeneration. Dia akan kelumpuhan anggota badannya sedikit demi sedikit. Keupayaannya untuk meneruskan kehidupan sangat lah nipis. Dia baru sahaja ingin menikmati zaman remaja dia dengan penuh kenangan dan gelak tawa. Tetapi, sebaliknya pula yang terjadi. Ayaa seorang perempuan yang sangat tabah dan kuat. Dia tahu bahawa dia tidak mempunyai harapan untuk hidup. Dalam waktu yang dia ada itu, dia gunakan dengan sebaik baiknya. Dia meluangkan seluruh masanya itu untuk membuat perkara yang dingini sebelum dia meninggalkan dunia ini buat selamanya. Dapatkah dia bertahan?
Setelah 20 tahun berlalu..... Aya tidak mampu untuk bangun, menulis, bercakap dan segalanya. Tubuhnya seakan-akan kayu yang tidak bernyawa. Dia terus tabah dan tabah. Nak diikutkan, dia hanya mampu bertahan 10 tahun sahaja. Tetapi, atas kesungguhan dia untuk terus hidup walaupun dia tahu dia akan mati, dia mampu bertahan selama 20 tahun.
Haruto. Kawan sekelasnya. Yang sangat pendiam, sangat angkuh dan sombong. Dia lebih sayangkan nyawa haiwan berbanding dengan nyawa manusia. Suatu hari...........Aya datang kepadanya dan bertanya. "dapatkah saya hidup lama? dapatkah saya meneruskan kehidupan ini?" haruto dengan muka yang selamba, dia buat taktahu sahaja. Cinta mereka berputik semasa Ayaa datang merawat di hospital ayah Haruto. Sejak haritu, Haruto sangat mengambil berat akan Ayaa. Haruto menjaga Ayaa dihospital siang dan malam tanpa merungut. Pada suatu malam.....
Haruto mengalirkan airmatanya buat pertama kali, kerana dia tidak percaya yang cintanya akan pergi buat selama lamanya pada bila-bila masa sahaja. Kesedihan, keperitan, keseksaan yang Aya alami, tiada seorang pun yang tahu. Haruto yang dulunya enggan menjadi seorang doktor seperti ayahnya, kini dia nekad dan berusaha untuk menjadi seorang doktor kerana dia ingin mencari penawar untuk penyakit seperti Ayaaa. Dia tidak mahu orang lain menerima nasib sepertinya. Aya masih mampu ketawa, senyum. Didalam gelak tawanya itu, menyimpan 1001 maksud.
Dan kini, Ayaa telah pergi buat selamanya, ayah, ibu, adik-adiknya, kawan-kawannya sangat sedih dan redha atas pemergiaannya itu. Ayaa pergi dengan meninggalkan diari yang ditulis olehnya semasa dia hidup. Setiap apa yang dia rasa, dia akan tulis didiarinya itu. Ayaa memberi inspirasi kepada semua orang. Dia sabar menempuhi segala rintangan hidup. Diarinya itu diterbitkan dan dijual kepada semua orang. Untuk menjadi inspirasi kepada semua orang.
OLDER POST | NEWER POST